ISMA Shah Alam

Santai tapi mengerat ukhuwwah

Gombak6 Mac – Kira-kira 50 orang peserta dari universiti-universiti tempatan dan swasta di sekitar Shah Alam telah menyertai program perkelahan ‘Santai Ukhuwah’ anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam yang bertempat di Banjaran Sedayu River Camp, Gombak.

Program yang berkonsepkan santai sambil beriadah ini diadakan agar dapat menjadi satu platform kepada para pelajar untuk mengenal dan membina ukhuwah dengan sahabat-sahabat yang baru dari universiti-universiti lain, disamping memperkenalkan PEMBINA kepada para peserta.

Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya perlawanan bola air, pertandingan tarik tali dalam sungai, dan sifir zikir. Di samping itu, pengisian rohani juga turut diadakan melalui penyampaian tazkirah oleh Saudara Anuar, pelajar dari Universiti institusi Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

“Orang-orang yang berukhuwah bagaikan sebuah bangunan, saling bertahan untuk satu sama lain bagi membetuhkan lagi asas binaan”, petikan kata-kata Saudara Anuar dalam slot pengisiannya dalam menjelaskan objektif dan keperluan program seumpama ini serta kepentingan ukhuwah yang terbina.

Usai aktiviti dalam air dan tazkirah oleh Saudara Anuar, hidangan BBQ pula disajikan di dalam talam buat para peserta program.

Majlis penutupan program diadakan selepas solat zohor secara berjemaah ditunaikan. Saudara Faris, selaku Pengarah program perkelahan ‘Santai Ukhuwah’ menasihatkan para peserta agar ukhuwah yang terbina tidak terhad kepada program ini sahaja, malah diutuhkan lagi dengan niat kerana Allah agar tidak terputus di tengah jalan.

Beliau juga melahirkan rasa syukur atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh jawatankuasa pengelola program atas kelancaran program rehlah kali ini dan menjangkakan prestasi yang lebih tinggi untuk program yang akan datang.

Sumber:http://pembinashahalam.com/v1/?p=487

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Powered by Facebook Comments

Posted by on Mar 7 2011. Filed under AKTIVITI, FOKUS, GALERI, LATEST POSTING. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Leave a Reply

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes