Perancangan Strategik 2011 ISMA Shah Alam
Shah Alam, 1 Januari 2011-Ke arah memperkasa pelan tindakan dan halatujunya, ISMA Shah Alam telah memulakan tahun 2011 dengan bengkel Perancangan Strategik di Dewan Seminar Kelab Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam, Selangor. Bengkel yang telah dirasmikan dan difasilitatorkan sendiri oleh YDP ISMA Shah Alam, Dr Amirudin Abdul Wahab ini telah turut dihadiri oleh hampir 40 orang ahli ISMA mewakili biro masing-masing.
Bengkel yang menggunakan metadologi ‘Balance Scorecard’ ini bertujuan untuk merangka dan menyelaras halatuju dan pelan tindakan ISMA Shah Alam sepanjang 2011 agar tidak tersasar daripada objektif yang di tetapkan oleh ISMA Pusat. Bengkel ini juga antara lain bertujuan untuk menyusun kalendar aktviti sepanjang tahun serta sasaran kerja tahunan bagi setiap biro yang ada. Menurut Dr Amiruddin, di harapkan penggunaan ‘Balance Scorecard’ ini dapat memandu amal di Shah Alam ke arah mencapai satu sasaran atau objektif yang di tetapkan oleh pimpinan pusat. a
Tambah beliau lagi, adalah diharapkan supaya selepas ini, gerak kerja amal dakwah dan tarbiyah di ISMA Shah Alam serta segala usaha ke arah pembaikannya akan lebih berintegrasi, berorientasikan hasil serta sejajar dengan semua objektif dan aspirasi ISMA Pusat.
Bengkel perancangan strategik ini juga sengaja dirancang supaya melibatkan seramai mungkin kepimpinan dan ahli cawangan ISMA Shah Alam bagi membolehkan system Scorecard ini dimanfaatkan sebagai alat komunikasi dan penerangan kepada ahli mengenai apakah yang penting / perlu diutamakan. “Melalui bengkel ini, saya melihat kebanyakan ahli telah dapat melihat kepentingan untuk meletakkan sasaran bagi setiap amal bagi membolehkan mereka menilai impak hasil kerja mereka pada penghujung tahun nanti di samping menanamkan kesedaran bahawa banyak ruang untuk setiap hali menyumbang kepadaorganisasi secara menyeruruh dan terlibat secara langsung dengan problem solving itu sendiri,” ujar Dr Amiruddin lagi.
Bengkel di akhiri dengan perbincangan mengikut biro-biro yang telah di tubuhkan untuk merencana amal yang lebih mantap untuk menghadapi tahun 2011. Moga amal yang di rancang dapat di laksanakan dengan baik.
Mohd Hazwan Ab Halim
Wartawan ISMA

























Comments
Powered by Facebook Comments