ISMA Shah Alam

Lumpuhnya organisasi tanpa tarbiyah


Shah Alam, 8 Mac
– Ijtima bulanan anjuran Biro Pembangunan Sumber Manusia edisi Mac telah berjaya membuka minda ahlinya tentang peranan tarbiyah dalam sesebuah organisasi melalui satu penyampaian yang ringkas dan padat oleh Ustaz Salman al-Farisi dari ISMA Mesir.

Menurut beliau, tarbiyah yang berkesan dan sempurna akan mampu melahirkan seorang yang mampu berinteraksi dengan manusia yang mempunyai pelbagai karenah seperti mana yang di tonjolkan dalam sirah Rasulullah SAW.

Dengan menggariskan lima ciri iaitu kreatif dan proaktif, mudah berurusan, berjiwa besar, qudwah yang baik dan berani berterus terang, semua ahli ISMA di gesa tidak menjadi seperti robot yang melakukan kerja apabila di petik suisnya sahaja.

Selain medan perkongsian ilmu, ijtima am juga menjadi tempat pertemuan ahli dari semua peringkat umur. Di majlis ini juga, Biro Kebajikan telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada pasangan Mohd Hazwan dan Aini Hayati atas kelahiran cahaya mata pertama mereka bernama Yahya Ayyash. Sumbangan di sampaikan oleh YDP ISMA, Dr Amiruddin.

Moga di perjumpaan bulan hadapan akan lebih meriah dengan perbincangan yang akan berkisar tentang isu kekeluargaan Islam.

Mohd Hazwan Ab Halim
Wartawan ISMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Powered by Facebook Comments

Posted by on Mar 9 2011. Filed under AKTIVITI, FOKUS, LATEST POSTING. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Leave a Reply

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes