KRIM D’Reunion mengeratkan ukhuwwah
SHAH ALAM, 5 Mac – KRIM Shah Alam telah berjaya menganjurkan program riadah santai – D’Reunion – bertempat di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dihadiri seramai 40 remaja sekitar Shah Alam.
Peserta yang datang dari sekolah SM Hira’ Shah Alam, SAMTS Hisamuddin, dan SAMTTAJ telah di bahagikan kepada enam kumpulan bagi memulakan aksi bola sepak jalanan atau street soccer.
Para peserta sempat mendengar sedikit amanat dari Pengarah KRIM, Cikgu Hardi tentang kepentingan untuk membina jaringan ukhuwah di samping menguatkan jasmani dengan aktiviti berfaedah seperti ini.
Akhir sekali para peserta dihidangkan dengan jamuan istimewa iaitu satay. Mereka dilihat sungguh berselera lebih-lebih lagi setelah penat beriadah sepanjang pagi.
Pihak KRIM Shah Alam berharap agar remaja-remaja sekitar Shah Alam dapat terus bersama kami untuk memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah di samping membina motivasi, iltizam dan jatidiri. Jangan lupa untuk sertai KASRIM 2011 pula selepas ini!
Di sunting dari KRIM Shah Alam














Comments
Powered by Facebook Comments