ISMA Shah Alam

Seminar Budak Hebat: Penerangan hadis ghulam
Jumaat, 18 Mei – Sekitar 100 orang peserta menyertai program

Seminar Budak Hebat: Penerangan mengenai Hadis Ghulam

yang dianjurkan pada malam tadi oleh Biro Tarbiyah

di Pusat Komuniti ISMA Shah Alam.

Hadis Ghulam merupakan salah satu bahan penting

untuk ahli ISMA mendalami lagi sunnatullah kehidupan

sebagai seorang pendakwah.

Usamah Izer telah memulakan pembentangan dengan

sebuah animasi mengenai hadis tersebut.

Beliau kemudian menceritakan hadis tersebut satu per satu,

dalam pada masa yang sama mengaitkannya dengan keadaan

realiti masa kini serta kaitannya dengan setiap peserta.

Kisah Ghulam menceritakan tentang seorang budak yang pandai,

menuntut ilmu dengan dua orang guru,

dan akhirnya mati syahid. Kematiannya membuatkan rakyat sekitar

memeluk agama Islam.

Semoga kisah Ghulam ini memberi inspirasi kepada semua ahli

dan lebih bersemangat untuk menyumbang kepada masyarakat.

Abang Ikhwan Abang Othman

Mabit dan Rehlah merapatkan ukhuwwah sesama ahli ISMA Shah Alam
Shah Alam, 15Mei – Pada hari Sabtu yang lepas, ahli ISMA dan PEMBINA berkumpul di Pusat Komuniti ISMA di Seksyen 7, Shah Alam untuk program Malam Bina Amal dan Taqwa (MABIT).

Program bulanan ini diadakan bertujuan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan ahli. Seramai 30 lebih peserta menghadiri program ini yang bermula pada pukul 10 malam.

Program bermula dengan sedikit tips kejayaan dari saudara Abang Ikhwan Abang Othman, disusuli oleh penerangan panjang lebar oleh saudara Ammar Raji mengenai kepentingan, tips & trik menjaga masa sebagai seorang pelajar dan lebih penting lagi sebagai seorang muslim.

Tema MABIT pada kali ini lebih kepada Ukhuwah Fillah. Selepas Qiamulail dan Solat Subuh, para peserta melalui program ice breaking session. Alhamdulillah program ini berjaya kerana berjaya menemukan dua peserta yang sebenarnya bersaudara.

Pada hari Ahad pagi, peserta kemudian bergerak ke Taman Tasik Shah Alam untuk aktiviti kayak – julung-julung kali dianjurkan oleh ISMA Shah Alam.

Aktiviti ini dapat menyuburkan lagi semangat kerjasama dan kekitaan antara ahli. Lebih manis lagi apabila beberapa peserta mengalami kecemasan apabila bot mereka terbalik. Walaupun badan mereka basah kuyup, basah lagi kenangan yang tercipta dari tragedi tersebut.

Itu merupakan antara poin penting tazkirah selepas aktiviti kayak tersebut – Ukhwah paling tinggi ialah ithar, paling rendah ialah berlapang dada dan diantara kedua itu ialah memori yang dicipta bersama-sama.

Program diakhiri dengan jamuan makan di Seksyen 2 Shah Alam.

Abang Ikhwan Abang Othman

Jangan sesekali memanipulasi LGBT
Isu berkenaan tidak boleh dipolitikkan kerana bertentangan dengan agama

SEREMBAN - Kerajaan dan mana-mana parti politik tidak boleh memanipulasikan isu amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai modal untuk meraih sokongan mahupun undi.

Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban, Mohd Azizee Hassan berkata, isu itu tidak boleh dipolitikkan kerana ia bertentangan dengan agama.

“Kita berharap tiada parti politik yang akan mempertahankan golongan yang kononnya memperjuangkan hak asasi mereka yang secara terang-terangan melanggar syariat dan akidah melalui pelbagai tuntutan.

“Bukan sahaja parti politik perlu menolak malah seluruh rakyat di negara ini harus menentang kumpulan LGBT agar tidak menjadi ancaman kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, amalan LGBT mengancam akidah umat Islam dan perlu ditentang supaya tidak menular di negara ini.

“Mereka (LGBT) seolah-olah tiada nilai akidah dalam hidup sehingga sanggup menuntut hak yang jelas melanggar prinsip agama.

“Kerajaan tidak perlu layan tuntutan ini kerana jika tuntutan berjaya, golongan terbabit akan menuntut pelbagai hak yang lain,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, 24 April 2012

Hukum hisap shisha
Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum menghisap shisha? Adakah sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya sama dengan rokok? syukran ustaz..

Jawapan:

Sebenarnya soalan seperti di atas pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.  Jadi di sini saya memilih untuk menjawab soalan di atas dengan menterjemah jawapan yang telah diberi oleh bekas mufti Arab Saudi. Terjemahannya adalah seperti berikut:

Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

Dan firmannya lagi:

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)

Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)

Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.

Sekian ????? ????

Rujukan:

1) Website: http://muntada.<wbr>islamtoday.net/t61245.html</wbr>

2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin

Disediakan oleh:

Ustaz Ahmad Zainal Abidin

Setiausaha Muis

Tarbiyah bukan teori lagi
Modal

Kita adalah organisai dakwah yang berlandaskan tarbiyah

Maksudnya konsep dakwah kita adalah mendidik untuk merobah. Itulah secara mudah difaham.

Orang-orang yang ada didalamya adalah para pendidik..mudah bahasa begitulah.

Semua itu sifatnya tarbawi

Kita adalah umpama juara dalam tarbiyah sebab itulah yang kita buat sebagai perkara asasi

Sudah tentu banyak pengalaman mendidik samada diri sendiri juga kepada jiwa2 di sekeliling.

Orang tarbawi tabiatnya lembut hati, begitulah teori

Ia punya jiwa yang memahami, hatinya itu dapat memahami hati-hati yang lain.

Inilah modal kita yang paling ampuh…hati yang hidup berpengalaman dan memahami hati-hati insani.

Modal ini lah yang menjadi kekuatan peribadi umpama akar yang menjunam jauh kedalam lubuk hati tersemat di sanubari dan terbit sebagai perilaku tanpa disedari.  Aksi di pentas dunia lahir dari nilai yang tersemat dilubuk hati. Aksi itulah episod yang boleh dirakam oleh sesiapa saja yang mahu melihat saksi.  Umpama drama yang diterbit, disimpan dan boleh ditontoni oleh sesiapa yang ingin membeli.

Modal itu patutnya berputar mengumpul laba

Modal itu terperangkap dijasad kita sambil melalui putaran hidupnya siang dan malam, tahun ke tahun sebagai perjalanan hidup nan panjang. Pemurahnya  Tuhan, modal ini terus berkembang sambil mengumpul sebanyaknya laba.  Walaupun modal ini terperangkap dijasad dan berjalan dibumi…kita tahu dari sumber Ilahi melalui Rasullah yang dikasihi, bahawa ia tidak akan kekal disini. Oleh itu  perasaannya hendaklah melangkaui tabir mati, mempraktis segala kehidupan sejahtera, memancarkan aroma bak penghuni syurga yang tenang lagi diberkati….walaupun masih didunia ini. Syurga adalah impiannya… ya.. yakinlah kita praktis nya bermula disini.

Bukankah kita selalu berkumpul ditaman-taman syurga …daurah, halaqat, qiam, mesyuarat dll..tapi kalau kita hadir tanpa modal macam mana nak raih labanya? Apatah lagi jika hadirnya itu dengan hatinya yang bengkak disana sini, kerana saling curiga mencurigai atau apa-apa saja penyakit hati. Hingga tampak cuka diriak muka. Hadirlah ditaman syurga dengan persaaan dan jiwa penghuni syurga….moga-moga dengan ketulusan hati ini akan dicurahkan rahmat oleh Ilahi…kurniaan syurga abadi…tiada golok ganti.

Campakkanlah jauh2 buruk sangka terhadap manusia, lebih lagi sesama ahli, ia umpama barah yang merosak…ia merosakkan hati. Kita ini kalau disalah sangka, umpama diperli, tahan saja ia ditepian hati, jangan sekali dibenar masuk walau seinci…yang hanya membawa sakitnya hati…seterusnya mohonlah perlindungan dari Ilahi.

Tegak pendapat sendiri

Menegakkan pendapat sendiri tanpa kompromi, berselisih pendapat sehingga berbalah sesama sendiri adalah umpama pak kadok …semua orang tahu…menang sorak seluruh penghuni bukan kepalang tapi kampong tergadai adalah pasti…sakit sepanjang zuriat tak terperi….elaklah sebaik mungkin keadaan begini.

Berpesan lah sesama sendiri

Berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran

….sentiasa meniti dibibir ini.. setakat mana ia diperhalusi. Takkan Cuma difikiri tanpa dijatuhkannya ke dalam hati. Ikut teori ia sepatutnya telah tersemat kemas kerana sentiasa saja diulang-ulangi. Masyarakat sudah mohon saksi…bukankah kita ini dijalan lurus bukannya jalan manipulasi…luar cantik dalamnya basi.

Pesanan dengan kata-kata yang benar dan cara yang baik jua empati dari kegagalan gerak ahli, adalah bak menjirus bunga nan layu, kembali segar ia setelah hampir mati. Tidak perlu kita mencanang juara  kerana kita lah satu-satunya yang menemui kesilapan pasti, heboh dibetul tanpa tangguh lagi. Sipelaku silap pun berlalu pergi, dek malunya dihati, tidak ingin kembali lagi…inilah yang di panggil sama-sama rugi. Perlukah kita begini?

Aduhai jiwa-jiwa yang telah lama ditangani

paling tidak cintai lah hati sendiri

dengan cara menyuburkan cinta sesama ahli

terima kekurangan nya untuk diperbaiki

itu lah jalan tarbawi….itu bukan teori lagi…

bahkan ia tabiat kita kini…

amal jama’i sesama ahli bisa saja mencalar hati

amilin ujiannya memang begini

gunakanlah kemahiran mendidik jiwa manusia untuk merawat hati sendiri

sambil ingat mengingati sesama ahli…

bukan curiga mencuragai

supaya sentiasa lancar memberi…

agar kita tidak rugi.

Sungguh, dakwah tak tunggu siapa lagi

Ia akan terus bergerak pergi

Praktiskanlah syurga disini…..

Moga akhir kurniaNya..syurga ABADI…

Nukilan,

Dollah Sani Suratman

YDP ISMA Shah Alam

64 tahun peristiwa Nakbah
15hb Mei 1948 – 64 tahun peristiwa an Nakbah

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.

Holocaust

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boleh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948.

Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

64 tahun An Nakbah

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.

Penodaan kesucian al Quds

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa.

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel

Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peristiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.

Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah

1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intifadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.

2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.

Kelahiran ratusan ribu mujahid dan mujahidah muda

3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.

4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.

5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.

6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yang lalu.

7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.

Bom demografi : Setiap keluarga Palestin punyai 10-12 cahayamata

8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang.

9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.

10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.

Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !

Al Aqsa pastinya akan bebas jua….

Salam perjuangan,

Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin

Sumber : Peduli Ummah

Syiah : Hakikat & Sejarah siri 1
Artikel ini adalah hasil terjemahan daripada buku ‘Syiah: Perjuangan atau Kesesatan’ yang dikarang oleh Dr Raghib Sarjani. Tujuan saya menterjemah beberapa petikan daripada buku ini adalah untuk mendedahkan isu Syiah yang sedang menyerang negara kita. Kefahaman kepada sesuatu masalah adalah langkah pertama dalam merawatnya. Diharapkan usaha kerdil ini dapat membantu para pendakwah di luar sana dalam usaha membanteras fahaman Syiah yang sedang menular ditengah masyarakat.

Dr Raghib Sarjani adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah. Beliau lahir pada tahun 1964 di Mesir. Merupakan graduasi kuliah perubatan dari Cairo University pada 1988 dengan pangkat Mumtaz. Beliau tamat menghafal quran pada tahun 1991. Berjaya menyiapkan Masters di universiti yang sama dengan pangkat Mumtaz pada tahun 1992. Kemudian berjaya mendapat Ph.D dengan pantauan kerjasama antara Mesir dan Amerika ( Surgery of Urinary Track and Kidney ) pada tahun 1998.

Walaupun mempunyai Ph.D dalam bidang perubatan dan menjadi pensyarah di Cairo University dalam bidang tersebut, beliau sangat minat mendalami ilmu sejarah dan telah menghasilkan puluhan buku seperti Kisah Andalus, Kisah Tunis, Kisah Tartar, Kisah Perang Salib, Kewajipan Umat Terhadap Palestin, Antara Sejarah dan Realiti, Kisah Erdogan, dan lain-lain. Beliau merupakan salah seorang tokoh dakwah Ikhwan Muslimin dan menghoskan laman web sendiri di www.islamstory.com.

Dasar-dasar Syiah

Para Sejarawan berbeza pendapat tentang asal-usul permulaan Syiah. Pendapat pertama dan yang paling terkenal adalah kemunculan mereka bermula apabila berlaku khilaf antara Ali RA dan Muawiyah RA ketika Perang Siffin. Jika mengikut pendapat ini, maka pengikut Ali RA diiktibarkan sebagai Syiah dan pengikut Muawiyah RA diiktibarkan sebagai Sunnah wal Jamaah. Tetapi, pada hakikatnya ia bukan seperti itu.

Pendapat Ahli Sunnah mengatakan kebenaran antara perselisihan antara dua sahabat mulia ini berada di pihak Ali RA dan Ahli Sunnah berpendapat bahawa Muawiyah telah berijtihad dalam hal ini tetapi ijtihad itu didapati tidak benar. Maka kecenderungan Ahli Sunnah kepada pihak Ali RA sangat jelas.

Tambahan pula, yang dikatakan dengan fahaman, prinsip, dan aqidah yang dilaung-laungkan oleh Syiah, semua itu jauh dari fahaman, prinsip dan aqidah yang diimani oleh Ali RA. Maka dengan itu jelas bahawa pendapat yang mengatakan Syiah bermula sebagai pengikut Ali pada peristiwa ini adalah salah sama sekali.

Pendapat kedua pula mengatakan Syiah muncul setelah kematian Husain bin Ali RA yang mana beliau telah keluar dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Dalam peristiwa ini, penduduk Iraq memanggil Husain RA untuk menyertai mereka di Iraq dan menjanjikan sokongan dan pertolongan kepada beliau. Tetapi pada saat akhir mereka mengkhianati beliau dan akhirnya beliau dibunuh di Karbala.

Maka bangkitlah sekelompok Muslimin menyeru agar pembunuhan ini dituntut bela. Tetapi di pihak satu lagi menghukum kelompok ini kafir kerana telah keluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Maka berlakulah pergaduhan, dan terbunuhlah beberapa orang dari kalangan penyokong Husain dan mereka digelar sebagai Syiah.

Ini dapat menjelaskan kepada kita hubungan yang kuat antara Syiah dan Husain RA, malah lebih kuat daripada Ali RA sendiri. Sepertimana yang dapat dilihat, mereka merayakan hari kematian Husain tetapi tidak merayakan hari kematian Ali.

Kesan daripada peristiwa ini, wujud kelompok yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedangkan aqidah, dan mazhab fiqh tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Dan kita dapat perhatikan sendiri, mereka yang digelar sebagai pemimpin awal Syiah adalah mereka yang bermazhab Sunni.

Setelah berlalunya masa dan keadaan menjadi stabil, muncul seorang tokoh bernama Ali Zainal Abidin bin Husain, iaitu anak kepada Husain RA. Beliau adalah seorang lelaki yang soleh, ulama yang zuhud, dan langsung tidak membawa ajaran aqidah atau fiqh yang bertentangan dengan para sahabat dan tabi’en.

Ali Zainal Abidin mempunyai dua orang anak lelaki yang soleh dan tinggi darjat wara’ dan taqwa. Mereka bernama Muhammad Baqir dan Zaid. Keduanya mempunyai pandangan yang bertepatan dengan Ahli Sunnah yakni dengan para sahabat dan tabi’en kecuali pandangan Zaid bin Ali Zainal Abidin yang mempunyai padangan yang berbeza. Beliau berpendapat bahawa Ali Abi Talib RA lebih layak menjadi khalifah berbanding Abu Bakar As-Siddiq RA.

Walaupun pendapat ini bertentangan dengan ijma’ seluruh umat, dan bertentangan dengan hadith-hadith yang menceritakan kelebihan-kelebihan Abu Bakar, Umar dan Uthman berbanding Ali, namun ia bukanlah permasalahan aqidah. Dan beliau mengakui keutamaan Abu Bakar, Umar dan Uthman, cuma berpendapat Ali RA lebih layak. Malah beliau mengakui keharusan imamah mafdhul, iaitu mengiktiraf imamah(kepimpinan) Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Hanya pada satu titik ini beliau berselisih dengan pendapat Ahli Sunnah, tetapi pada semua titik yang lain beliau sependapat dengan mazhab Ahli Sunnah.

Maka dengan itu, keluarlah Zaid dari pemerintahan Umayyah, mengulangi sejarah datuknya, Hussain RA pada zaman Hisyam bin Abdul Malik. Dan berakhirlah perkara ini dengan terbunuhnya Zaid pada tahun 122 H. Lalu bangkitlah para pengikut beliau dan mengasaskan mazhab di atas pendirian Zaid ini dan dikenali oleh sejarah dengan nama Zaidiyyah bersempena dengan nama beliau.

Mazhab ini, walaupun dikira sebagai Syiah, ia bertepatan dengan mazhab Ahli Sunnah dalam semua perkara, kecuali dalam bab mengutamakan Ali RA berbanding tiga khalifah sebelumnya. Pengikut mazhab ini banyak tersebar di Yaman, dan inilah mazhab Syiah yang paling dekat dengan Ahli Sunnah dan hampir tidak berpecah dengan Ahli Sunnah dalam kebanyakan perkara.

Satu peristiwa yang perlu disebut di sini bahawa pada suatu hari terdapat segolongan dari pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin ini yang pernah bertanya pada Zaid tentang pendapat beliau terhadap Abu Bakar dan Umar. Zaid menyatakan bahawa beliau menghormati mereka berdua. Tetapi golongan ini bukan sahaja tidak setuju dengan beliau, malah menolak kepimpinan beliau dan keluar dari kumpulan Zaid. Golongan ini dikenali oleh sejarah sebagai ‘golongan Rafidah’(penolak), kerana mereka menolak imamah(kepimpinan) dua khalifah yang awal dan menolak pendapat Zaid tentang mereka berdua. Golongan Rafidah inilah yang menjadi pengasas ‘Syiah 12’ yang menjadi mazhab Syiah yang terbesar sekarang.

Setelah Muhammad Baqir meninggal dunia pada tahun 114 H (adiknya Zaid meninggal lapan tahun selepas itu), beliau meninggalkan seorang anak lelaki yang alim dan wara’ bernama Ja’far Sodiq. Beliau adalah seorang ulama yang terulung pada masa beliau dan menguasai ilmu fiqh dengan sebenar-benar penguasaan, dan beliau menyelusuri  aqidah sahabat, tabi’en dan ulama muslimin yang lain.

Pada penghujung era pemerintahan Khilafah Umayyah, wujud satu gerakan dari keluarga Abbas (yakni dari keturunan pakcik Rasulullah yang bernama Abbas bin Abdul Mutalib) yang mengajak manusia membuat revolusi terhadap kerajaan Umayyah. Maka gerakan Abbasiah ini saling bekerjasama dengan pengikut Zaid bin Ali Zainal Abidin.

Akhirnya pada tahun 132 H, tumbanglah kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah dibentuk dengan Abu Abbas As-Saffah sebagai pemimpinnya. Maka pengikut Zaid kecewa kerana tidak dilantik menjadi pimpinan walaupun mereka merupakan cucu cicit kepada Ali bin Abi Talib, anak saudara kepada Abbas bin Abdul Mutalib. Lalu mereka merancang untuk mengadakan revolusi terhadap kerajaan Abbasiah pula. Golongan ini dikenali sebagai Tolibiyyun (yang dinasabkan kepada Ali bin Abi Talib) yakni bertentangan dengan Abbasiyyun (nasab kepada Abbas bin Abu Mutalib)

Dan sehingga ketika ini, masih tiada penyelewengan dari sudut aqidah mahupun fiqh, kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar. Ini adalahkerana pecahan dari pengikut Zaid yang menolak imamah(kepimpinan) mereka berdua, malah tidak malu untuk mengkritik secara terang-terangan.

Ja’far Sodiq meninggal pada tahun 148 H. Beliau meninggalkan seorang anak bernama Musa Kazim, yang juga seorang ulama, tetapi tidak mencapai tahap ayahnya, dan beliau meninggal pada tahun 183 H. Beliau meninggalkan beberapa orang dan di antara mereka ada yang bernama Ali bin Musa Ar-Redha.

Artikel ini akan bersambung pada siri-siri yang seterusnya.

Oleh: Muhammad Assiddiq Fauzan, Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar (Kaherah)

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Tolak budaya politik lucah
BANGI, 3 Mei – Pendekatan budaya politik lucah tidak seharusnya diamalkan kerana tindakan tersebut amat bercanggah sama sekali dengan budaya politik Islam yang berteraskan akhlak, tegas Dr. Kamil Azmi Tohiran.

“Kita perlu sedar bahawa politik Islam adalah berlandaskan akhlak dan keimanan, bukannya politik yang bersifat jatuh-menjatuh, perebutan kuasa berdasarkan kepentingan peribadi dan sebagainya,” ujarnya.

Pengerusi Biro Media & Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan gambar aksi lucah berbaur politik yang tidak sepatutnya diterbitkan untuk paparan umum.

Sehubungan itu, beliau menyatakan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku di medan politik negara hari ini.

“Kecenderungan ahli politik di Malaysia nampaknya lebih kepada budaya-budaya negatif yang saya sebutkan tadi, dan akhlak tidak lagi menjadi pertimbangan untuk menjatuhkan pihak lawan,” tambahnya.

Dr. Kamil turut meluahkan kebimbangan jika perkara terus berlaku kerana kesannya bukan sahaja merosakkan imej politik negara, bahkan memberi kesan negatif kepada kehidupan generasi muda.

“Apa yang kita bimbangkan adalah kesan yang diakibatkan oleh pembudayaan politik lucah di negara ini, kita bimbang dia menular bukan sahaja dalam iklim politik tapi di kalangan generasi muda.

“Budaya seperti ini dikhuatiri akan menjadi kelaziman mereka dalam kehidupan seharian, bercakap perkataan yang lucah, bergurau dengan perkataan lucah, dan sebagainya, dan ini merupakan perkara yang sangat tidak sihat,” jelasnya.

Sumber: ISMAWeb

Perjuangkan Islam atau demokrasi ala Barat!!
Kejelasan agenda perjuangan di Malaysia: Islam atau Demokrasi ala Barat yang diperjuangkan kini?

Permasalahan ummah kini

Kemelut perbezaan ideologi dan kekeliruan identiti yang melanda bangsa Melayu Muslim (yang merupakan bangsa teras umat Islam di negara ini), memerlukan satu jawapan yang membawa kepada penyelesaian yang menyeluruh.

Penguasaan ideologi barat yang berasaskan humanisma (agenda yang berpusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan) dan liberalisma (konsep pemahaman kebebasan mutlak manusia) telah berjaya mencengkam pemikiran bangsa Melayu Muslim ini sehingga mereka tidak yakin dengan kemampuan diri dan terpaksa bergantung kepada bangsa lain.

Lebih memburukkan lagi keadaan sedia ada ialah apabila bangsa Melayu Muslim ini sanggup berganding bahu dengan bukan Islam untuk saling jatuh menjatuhkan di antara satu sama lain.

Perebutan kepada kuasa politik ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga terpaksa berkompromi dalam ideologi perjuangan mereka (perjuangan Islam versus perjuangan demokrasi ala barat) dan dalam masa yang sama kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh orang lain untuk menghina orang Melayu dan menuntut segala hak kesamarataan termasuk di dalam isu-isu agama (ie pluralisma agama).

Perlunya ummah kepada perubahan yang berasaskan kepada syarak

Keutuhan bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti yang diasaskan kepada Islam adalah amat penting bagi masa hadapan negara ini.

Masyarakat Melayu Muslim perlu berubah menjadi sebuah bangsa yang mulia dan berwibawa berasaskan syarak (Rujuk Ar Raad 11).

Bangsa Melayu telah menjadi bangsa Islam yang sebaris dengan bangsa-bangsa lain di kalangan umat Islam di serata dunia serta memainkan peranan yang penting di dalam mengembangkan dan mendaulatkan Islam di rantau ini.

Kedudukan yang hebat itu telah dicapai kerana Islam telah sebati dengan pemikiran serta adab budaya Melayu sehingga melahirkan Tamadun bangsa Melayu Islam yang agong.

Titik mula perubahan dalam konteks senario masa kini : Mengenali diri dan sejarah

Penting masyarakat Melayu Muslim di Malaysia:

Menyedari bahawa kedaulatan Islam di negara ini kini semakin tercabar, manakala perpaduan umat Islam pula kini semakin rapuh.

Menyedari bahawa kelunturan pegangan umat Melayu kepada Islam kini sebenarnya telah melemahkan sendi-sendi kekuatan umat di negara ini sehingga ianya menjadi pemangkin kepada agenda penjajah yang berteraskan humanisma dan liberalisma untuk bertapak serta melemahkan jatidiri bangsa Melayu Muslim.

Menyedari bahawa kesatuan agenda Islam dan semangat jatidiri Melayu telah berjaya menyatukan orang Melayu Islam sepanjang sejarah.

Memahami kepentingan dan peranan kedudukan Melayu, Islam dan kedudukan dan peranan Institusi Raja-Raja Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia secara jelas.

Menyokong keperihatinan Raja-Raja Melayu bagi memartabatkan agama, ummah dan jatidiri bangsa sepertimana Titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah:

“… betapa pentingnya di saat ini untuk ummah bersatu dalam pemikiran, bersatu dalam pendekatan, bersatu dalam tindakan; betapa perlunya ummah berkata sepakat dalam niat dan hasrat membina ummah yang lebih kuat, membangunkan ummah yang lebih berjaya.”

“… apa juga yang diperbincangkan dan apa juga rumusan yang dicapai tidak mungkin dapat dilaksanakan dan jauh sekali dari dapat dipenuhi jika umat Islam tidak kembali bersatu dalam satu ukhuwah perjuangan untuk mempertahankan maruah bangsa dan kehormatan negara. Berpeganglah kepada tali persaudaraan sebangsa – seagama, dan amalkan semangat biduk berlalu kiambang bertaut. Umat Islam di negara ini jangan sampai mengalami nasib menang sorak kampung tergadai, berdagang di bumi sendiri kerana dagang lalu ditanak, akhirnya itik kehausan di air dan ayam kebuluran di kepuk.”

Kesimpulan / Way Forward

Bagi merealisasikan perkara di atas maka perpaduan atau persepakatan umat Islam berteraskan Al Quran dan Sunnah hendaklah digerakkan secara serius dan berterusan (tidak hanya terhenti setakat laungan semata-mata).

Ummah Islam di Malaysia perlu sepakat di dalam agenda dan perkara-parkara prinsip khususnya mengenai Islam (ie Melayu Sepakat Islam Berdaulat).

Ummah Islam di Malaysia juga perlu jelas agenda dan risalah perjuangan hidup mereka (ie Membangun umat beragenda).

Prinsip kesyumulan dan kesempurnaan Islam juga tidak wajar dipolitikkan hingga menggadai kesucian Islam dan teras kenegaraan yang berasaskan Islam sebagai Agama Negara.

Penyelesaian: Pembangunan jatidiri ummah Melayu Islam yang menyeluruh

Dr Amirudin Wahab,

Setiausaha Agung,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Dr. Ir. Mohd Mursy calon Presiden dari Ikhwan Muslimin
Nahdhah Iradah Sya’ab … Kebangkitan dan kemakmuran adalah kehendak sesuatu masyarakat.

Saya menyaksikan pengumuman terakhir 13 calon Pilihanraya Presiden Mesir (23-24 Mei 2012) di televisyen kelmarin ketika berada di Kaherah. Yang lulus pencalonan adalah seramai 13 orang semuanya. Umum termasuk saya agak suspen setelah (1) Ir Khairat Syatir & Hazim Solah digugurkan, dan (2) nama calon Ikhwan Muslimin, Dr. Ir. Mohd Mursy diumumkan sebagai calon terakhir, no. 13 !!  Dengan pengumuman ini, kemelut pencalonan bagi Presiden Mesir diharapkan telah pun berakhir kecuali akan ada nanti senario yang lain pula.

Calon Ikhwan Muslimin yang asal, Ir Khairat Syatir sememangnya calon yang paling layak bukan sahaja dari Ikhwan Muslimin untuk rakyat Mesir, bahkan bagi Dunia Islam seluruhnya. Prestasi beliau yang saya ikuti sejak tahun 1990-an lagi ialah beliau berjaya dalam segala lapangan yang diceburi samada pendidikan diri, dakwah yang beliau yakini dan perniagaan yang beliau ceburi. Apabila Ikhwan Muslimin dicantas habis-habisan di zaman Presiden Nasir, Sadat dan Mubarak, sejak di zaman mahasiswa lagi, beliau bersama dengan Ikhwan yang lain berjaya setelah berhempas pulas, membangunkan semula organisasi harapan umat ini.

Setelah perusahan-perusahan perniagaannya seperti Syarikat Salsabeel disabotaj, ditutup dan dirampas harta bendanya oleh rejim pemerintah Mesir, beliau masih berjaya membangunkan firma-firmanya semula dan pada hari ini masih bergelar jutawan yang berjaya. Pencalonan beliau digugurkan atas alasan hukuman Mahkamah Tentera ke atasnya di zaman Presiden Mubarak mengharamkannya terlibat dalam politik bagi tempoh tertentu. Mendengar hal ini, Ikhwan Muslimin mengemukakan calon Presiden kedua sebagai backup sekiranya usaha mengemukakan rayuan kepada SPR untuk Ir Khairat menemui kegagalan.

Tiga minggu di hadapan ini sehingga hari Pilihanraya Presiden (23-24 Mei) adalah bukan semata-mata kempen antara calon Islamis dan calon sekularis liberalis, akan tetapi ia adalah perang di antara Manhaj Islamiyy yang kita bawa berhadapan dengan Manhaj Barat yang dipaksakan ke atas umat Islam berkurun lamanya. Dari kalangan 13 calon Presiden Mesir, 3 darinya adalah dianggap calon Islamis iaitu :

Dr. Ir. Mohd Mursy.

Dr. Salem Awa

Dr. Abdul Mun’im Abul Futuh.

Ir Khairat Syatir (digugurkan dengan alasan hukuman mahkamah masih berjalan).

Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail (digugurkan dengan alasan ibunya memohon warganegara Amerika).

Yang akan mendapat tentangan dari 2 calon popular dari Regim Mubarak yang lalu iaitu :

Amru Musa, bekas Menteri Luar Mesir dan Setiausaha Liga Arab.

Dr Ahmad Syafiq, bekas Perdana Menteri Mesir.

Bilangan undi bagi calon Islamis juga akan pecah kerana persaingan di antara ketiga-tiga calon di atas.

Sebaik Revolusi 25 Januari 2011 berjaya, keputusan awal Ikhwan untuk tidak bertanding Presiden adalah tepat, menghindarkan serangan luar bukan pada masanya dan memberikan peluang kepada rakyat Mesir menjayakan Pilihanraya Parlimen, Disember 2011 lalu. Rakyat telah memberikan suara mereka dan Parlimen Mesir hakiki telah dibentuk.

Pilihanraya Parlimen Mesir bulan Disember 2011 yang lalu di negeri Syarqiyah, negeri asal dan tempat Dr Ir Mohd Mursy bekerja sebagai pensyarah di Universiti Zaqaziq. Ikhwan Muslimin menang kesemua kerusi yang dipertandingkan. Walaupun sering ke negeri ini pada tahun-tahun 1990-an lalu, namun saya tidak pernah menghirup udara kebebasan dan harga diri seperti yang saya dan rakyat Mesir rasai pada hari tersebut dan hari-hari ini.

Dr. Abdul Mun’im Abul Futuh pernah menjadi salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin. Beliau dipecat dari keanggotaan Ikhwan kerana berkeras untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden Mesir di kala keputusan awal Ikhwan sebaik Revolusi 25 Januari 2011 berjaya menumbangkan Mubarak adalah tidak masuk pertandingan Presiden. Keputusan Ikhwan penuh hikmah tersebut mencapai hasil berikut :

Menyampaikan mesej lega kepada musuh-musuh Islam dalam dan luar negara yang akan bertindak agresif sekiranya Ikhwan Muslimin mengambilalih Mesir dari Mubarak, boneka Barat yang digulingkan. Dengan itu sejak setahun lalu, Mesir dan rakyatnya tidak dikenakan sekatan antarabangsa dan proses Demokrasi melangkah ke hadapan tanpa banyak halangan (seperti perkara-perkara di bawah).

Pilihanraya Parlimen berjalan dengan adil dan jayanya pada akhir tahun lalu, menyaksikan keterlibatan 70% pengundi Mesir berbanding 3-5% di zaman regim-regim Presiden yang lalu. Ikhwan Muslimin yang bertanding hanya sebahagian kerusi sahaja berjaya memenangi 51% kerusi Majlis Sya’ab (Dewan Rakyat) dan Majlis Syura (Dewan Negara) serta berjaya menarik parti-parti lain untuk turut serta bertanding, turut serta dalam Parlimen dan sama-sama berganding bahu membangunkan Mesir tanpa diconteng dengan imej mencantas sesiapa.

Mengembalikan kepada rakyat akan keyakinan diri yang merupakan salah satu faktor terpenting dalam membangun sesebuah umat, setelah hak-hak mereka dinafikan sejak zaman berzaman.

Walaupun Dr. Abdul Mun’im Abul Futuh telah mula berkempen sejak setahun lalu, sedang calon Ikhwan Muslimin, Dr. Ir. Mohd Mursy baru mula berkempen sejak sebulan lalu, namun Ikhwan Muslimin percaya bahawa mencalonkan Dr Ir Mursy di kala telah ada calon Islamis seperti Dr Abdul Mun’im adalah penting kerana jika menang :

Sebagai Presiden Mesir, Dr Mursy akan dibantu oleh para penasihat berkelayakan dari Ikhwan Muslimin dan lain-lain Islamis yang benar-benar amanah dan berkelayakan kerana beliau didokong oleh gerakan-gerakan Islam yang berwibawa, sedang tanpa dokongan sebegitu, Dr Abdul Mun’im akan dinasihati oleh para penasihat yang tidak jauh berbeza dari regim terdahulu. berkepentingan dan tidak memberi perubahan yang optimum kepada Mesir dan Dunia Islam.

Pencalonan Dr Mursy adalah diputuskan, didokong dan mewakili Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan. Oleh itu beliau tetap akan berada di atas Manhaj yang digariskan, begitu juga presiden penggal-penggal akan datang dari Ikhwan Muslimin. Apatah lagi banyak perkara di dalam negara yang tidak boleh disempurnakan dalam satu penggal (4-5 tahun). Adapun Dr. Abul Mun’im, kemampuan beliau secara perseorangan dan keyakinan rakyat terhadap individu, bukan parti adalah tidak sepertimana Dr Mursy.

Pimpinan Ikhwan Muslimin bertegas dan menambil petunjuk Hadis yang menyebut, “Kita tidak mengangkat seseorang ke jawatan pemimpin dari kalangan orang yang meminta jawatan tersebut”.

Ikhwan Muslimin telah membuat semakan terhadap keputusan awal tidak bertanding Presiden kepada mengambil pendirian bertanding Presiden kerana faktor-faktor berikut :

Sikap Barat dan boneka mereka di Mesir iaitu Majlis Tertinggi Tentera, yang sedang memerinah Mesir sekarang, yang mula berubah setelah kejayaan besar puak Islamis memenangi Pilihanraya Parlimen (Ikhwan 45% dan Salafi 25% = 70% melebihi 2/3 kerusi Parlimen).

Usaha-usaha Majlis Tertinggi Tentera untuk terus menguasai Mesir biar apa pun bentuk Parlimen yang akan dibentuk. Usaha ini ke arah menjadikan Mesir seperti Kuwait di mana Raja seringkali membubar Parlimen, menyibukkan rakyat selaku pengundi dengan proses pilihanraya untuk membentuk Parlimen yang tidak mempunyai fungsi yang sebenar.

Pihak Tentera Mesir juga mahukan 1/3 kekayaan negara berada di tangan dan pentadbiran mereka, demi survival mereka, dan bukan ditadbir sepenunya oleh sebuah kerajaan yang dari rakyat, dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat.

Barat melalui Tentera Mesir telah dengan jelas tidak mahu proses Demokrasi terus berjalan menuju ke tahap kesempurnaannya. Mereka mahu mencuri hasil dan buah Revolusi 25 Januari dari tangan rakyat Mesir.

Dengan keputusan Ikhwan Muslimin untuk bertanding Presiden, bermakna bermula penentangan terang-terangan dan habis-habisan rakyat terhadap Barat dan bonekanya di dalam negara ke arah menyempurnakan saki baki Revolusi 25 Januari yang lalu. Pilihanraya Presiden 23-24 Mei ini sudah tentu merupakan penentu yang amat penting bukan sahaja untuk masa depan Mesir dan rakyatnya, bahkan untuk Dunia Islam dan umatnya kerana sebagai abang sulung kepada Umat Islam, apa yang berlaku di Mesir memberi kesan langsung kepada Islam dan umatnya.

Dr Ir Mohd Mursy, berkaca mata sebelah kiri Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef sewatu mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru, Dr Mohd Badi’ menggantikan beliau pada Februari 2010. Ketaatan dan kesetiaan merupakan di antara ciri-ciri menonjol anggota Ikhwan Muslimin tidak kira di mana mereka berada dan apa jawatan yang mereka sandang di dunia yang fana (tidak kekal) ini.

Dr Ir Mohd Mursy berumur 61 tahun (lahir 1951) di negeri Syarqiyah, Mesir. Mendapat ijazah Bachelor of Engineering, B.E. (Cairo) pada tahun 1975 dan Masters in Engineering (Cairo) pada tahun 1978 dan Ph.D Engineering (South California) pada tahun 1982. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Zaqaziq, Syarqiyah, Mesir dan pernah menjadi salah seorang penasihat bahan (materials) bagi pesawat angkasalepas bagi NASA, Amerika. Beliau menjadi ketua ahli-ahli parlimen Ikhwan Muslimin pada penggal 2000-2005 dan dinobatkan sebagai tokoh ahli parlimen oleh sebuah badan antarabangsa diatas prestasi dan sumbangannya kepada Parlimen Mesir.

Malam di antara dua hari Pilihanraya Parlimen di negeri Syarqiyah, Mesir, negeri asal calon Presiden, Dr Ir Mohd Mursy, juga negeri tempat beliau bekerja sebagai pensyarah Universiti Zaqaziq, ibu negeri Syarqiyah. Di negeri Syarqiyah, kesemua calon Parlimen Mesir telah menang. Dizaman tekanan dan ketakutan semasa saya menuntut di mesri tahun 1990an, kesemua negeri di Mesir yang saya lawati berani bergerak dakwah secara sangat aktif tetapi tidak berani menampal logo “Ikhwan Muslimin” kecuali rumah-rumah di negeri Syarqiyah, termasuk di depan pintu rumah Syeikh Hassan (foto). Sebab itu negeri Syarqiyah telah  melahirkan ramai para duat yang kental, mantap fikrah dan berani dalam gerakan.

Satu kisah yang diceritakan kepada saya mengenai sayangnya beliau kepada negara, peraturan dan pentadbiran dalam negara adalah ketika Ravolusi 25 Januari 2011 bergolak, beliau berada didalam penjara regim Mubarak diatas tuduhan yang diada-adakan. Seperti ikhwah (teman-teman)nya yang lain, perubahan yang aman melalui keyakinan masyarakat adalah salah satu Manhaj Ikhwan berbanding cara sebahagian gerakan Islam yang lain yang cenderng kepada keganasan dan mengangkat senjata. Hampir kesemua balai polis dan pejabat Parti Demokratik Nasional pimpinan Mubarak dibakar. Banyak penjara ditawan dan dibuka oleh rakyat yang merusuh lalu para banduan, yang jahat maupun yang baik, dibebaskan termasuk Dr Mursy sendiri. Para banduan yang jahat terus berindak merusuh dan membat kekacauan dalam Mesir. Sebaliknya sebaik Dr Mursy dibebaskan oleh perusuh, beliau terus mencari balai polis untuk menyerahkan dirinya semula kerana cara beliau dibebaskan tidak mengikut prosedur biasa. Begitu jiwa pimpinan Ikhwan dan pengikutnya yang ditarbiyah dengan didikan yang baik dan manhaj yang terang.

“Ya Allah, kemenangan yang Engkau telah janjikan untuk kami. Ya Allah, kemenangan yang Engkau telah janjikan untuk kami. Ya Allah, kemenangan yang Engkau telah janjikan untuk kami”(Hadis sebaik sebelum Perang Badar).

Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Pengerusi Biro Dakwah,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku