ISMA Shah Alam
Archive for: April, 2010

KRIM SAK jayakan slot motivasi di SMK(P) Kapar

Klang, 17 April – Alhamdulillah, terlerai sudah satu pertemuan slot ceramah dan aktiviti di SMK(P) Kapar, Klang. Slot selama 2 jam yang diamanahkan untuk KRIM Shah Alam & Klang ini berjaya dilaksanakan oleh penggerak-penggerak KRIM SAK yang melibatkan seramai hampir 400 orang pelajar perempuan tingkatan 3 dan 5. Ceramah motivasi bertajuk ‘Selamat Tinggal Jahiliyah’ telah disampaikan oleh Cikgu [...]

Mesyuarat Khas Perwakilan luluskan usul penubuhan Majlis Syura ISMA

Sesi perbahasan oleh perwakilan Petaling Jaya, 24 April – Perwakilan-perwakilan dari semua cawangan ISMA seluruh negara telah sebulat suara meluluskan usul penubuhan Majlis Syura ISMA pada satu Mesyuarat Khas Perwakilan yang diadakan di Dewan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya hari ini. Keputusan dibuat setelah berlangsung perbahasan selama hampir dua jam. Seramai 100 orang perwakilan dari [...]

ISMA perlu berusaha ke arah miliki tahap keinstitusian yang tinggi

Ustaz Abdullah Zaik berucap di hadapan perwakilan.  Petaling Jaya, 24 April – “Kita perlu menjadikan ISMA sebagai satu badan yang memiliki tahap keinstitusian yang tinggi,” seru Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman semasa berucap kepada ahli-ahli ISMA di Mesyuarat Khas Perwakilan ISMA di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya hari ini. Beliau menjelaskan bahawa dengan menginstitusikan [...]

Kartun amaran dari Hamas buat Israel dikeluarkan

Khamis, 29/04/2010 – Sayap bersenjata Hamas Ahad lalu menyiarkan kartun bagi memberi amaran Israel atas nasib askar mereka yang ditangkap dengan menuntut pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin. Kartun tiga dimensi selama tiga minit itu menggambarkan ayah kepada tentera yang ditahan, Gilad Shalit dilihat berjalan melalui jalan-jalan bandar yang kosong sambil membawa papan tanda yang memaparkan [...]

Anak tiada lesen memandu: Ibu bapa perlu lebih tegas

KUALA LUMPUR 29 April – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hari ini menggesa ibu bapa agar bersikap lebih tegas terhadap anak-anak mereka yang gemar memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen. Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), angka mereka yang berbuat demikian adalah tinggi dan ia membimbangkan. Statistik Ops Penyamaran [...]

Nama Aminulrashid perlu dibersihkan

SHAH ALAM – Semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik mengharapkan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan mangsa yang terkena tembakan polis, Allahyarham Aminulrashid Amzah, 15, sebagai penjenayah menarik balik kenyataan itu demi menjaga nama dan maruah keluarga itu. Kenyataan itu dianggap serius kerana mangsa dituduh sebagai penjenayah tanpa ada sebarang siasatan dan bukti yang kukuh mengenainya. [...]

Rancangan Amerika di sebalik isu mencari jalan perdamaian

Khamis, 29/04/2010 – Kerajaan Palestin pimpinan Ismael Haniyeh sekali lagi menegaskan bahawa mereka menolak untuk melakukan perundingan atau kerjasama, secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan Fatah di Ramallah dan kerajaan penjajah Zionis, dengan menegaskan bahawa kerajaan Fatah (Pimpinan Mahmud Abbas) ini sebenarnya tidak mewakili rakyat Palestin dan dalam masa yang sama, beliau memberi peringatan [...]

Tahanan teruskan mogok lapar

Rabu, 28/04/2010 – Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi Membela Tahanan memaklumkan bahawa para tahanan mengadakan mogok lapar kali ketiga untuk bulan ini secara bersama pada hari Selasa (27/4). Ia adalah mogok terakhir daripada siri bantahan yang diisytiharkan oleh para tahanan pada bulan ini. Riyad al-Ashqar, pengarah media jawatankuasa berkenaan menjelaskan dalam satu kenyataan akhbar pada hari [...]

Di Hujung Cahaya [Ep:3]

oleh Mohd Azmir b Mohd Razli Episod : 3 “Raja tadi terus mengumpulkan orang ramai dan mengikut seperti mana yang diminta ghulam tadi, lantas dia lalu mengambil anak panah dan meletakkannya pada busur. Lantas dijerit sekuat hati; “Dengan nama Allah Tuhan budak ini, aku telah membunuh wali Allah!!” lantas dia melepaskan panah tadi dan tembus [...]

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April – Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes