ISMA Shah Alam
Archive for: March, 2009

Al-Quran Sumber Hiburan Daie

Wahyu Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kalam al-Quran adalah kalam yang lembut menyentuh sanubari, keras meragut kesedaran dan mantap memberi panduan dan galakan semangat. Rasulullah mendapat bimbingan terus daripada Allah swt. Sepanjang perjalanan dakwah baginda, hanya satu sumber ketenangan yang sentiasa bertiup ke dalam hati baginda. Itulah bimbingan motivasi dari Pengutus [...]

Di Sekitar Walimah Hatta-Huda, Skudai Johor

Selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 16 Rabiul’Awal bersamaan 13 Mac 2009 Ustaz Azrin dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama kedua mempelai Akhi Hatta bersama ikhwah Shah Alam yang turut hadir

Malam Kembara Rohani

Para peserta mendengar santapan ilmu oleh akh Kamarul pada malam tersebut Meneruskan program dengan bertadarus dan bertadabbur al-Quran dlm misi membugarkan iman Perkongsian ilmu, idea dan pengalaman perlu dititkberatkan untuk perkembangan ilmu secara teori mahupun praktikaliti

Jaulah Johor !

Sempena memenuhi jemputan walimah akhi Hatta dan ukhti Huda di Johor pada 15 Mac, satu siri Jaulah Mini akan diadakan bermula 13 Mac hingga 15 Mac 2009. Tentatif ringkas adalah seperti berikut :- Jumaat / 13 Mac 9pm – berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam 11.30 pm – tiba di Ayer Keroh, Melaka Sabtu / [...]

Salam Maulidurrasul 1430 Hijrah Semoga setiap dari kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah kelahiran Rasulullahmoga bertambah jua cinta kita pada Baginda

Program Qiam dan Sambutan Maulidurrasul 1430H

Satu Program Qiam dan dan Sambutan Maulidurrasul bersama penduduk Seksyen 9 Putra Heights akan diadakan di Surau Baiturrahman di kawasan yang sama. Program yang akan diadakan pada 7 dan 8 Mac 2009 ini adalah kerjasama antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Shah Alam), Kelab Remaja ISMA (KRIM Shah Alam), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina Shah Alam), [...]

Bola dan Belia di pagi Ahad

Shah Alam, 1 Mac – Pagi Ahad memang sinonim dengan waktu rehat. Bersantai atau beriadah biasanya menjadi pilihan utama kebanyakan orang. Apa jua aktivitinya, yang penting tujuannya dapat merehatkan minda dan fizikal. Bagi belia Pembina dan ISMA Shah Alam Klang, mereka memilih untuk mengisi pagi Ahad dengan aktiviti yang mencergaskan badan bersama rakan-rakan. Seawal jam [...]

Kelahiran Mujahid – Huzaifah bin Hafiy Hazmi

Alhamdulillah, pada 27 Februari 2009 jam 3.25 petang zaujah kepada akh Hafiy Hazmi selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Sungai Buloh. Mujahid seberat 3.3 kilogram ini diberi nama Huzaifah bin Hafiy Hazmi sempena nama seorang sahabat ansar, Huzaifah al-Yaman. Buat mereka yang mahu menziarahi bolehlah menghubungi beliau di talian 013 371 0334 Sama-sama kita doakan [...]

Kejohanan Futsal Remaja 2009

Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi… Sudahkah anda merancang musim cuti ini dengan sebaiknya? Jika belum marilah bersama-sama kami menyertai KEJOHANAN FUTSAL REMAJA anjuran KRIM Shah Alam Klang bagi mengeratkan lagi ukhuwwah serta memeriahkan acara!! Butiran adalah seperti berikut:- Tarikh : 15 Mac 2009 (Ahad) Tempat : Sport Real Arena, Klang, Selangor Masa : [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google

Photo Gallery

Log in | Designed by Gabfire themes