Sahabat, terbang tinggi!
oleh Mohd Azmir Mohd Razli
Sahabat,
hari ini,
engkau terbang tinggi menggapai langit,
meninggalkanku di sini menanti,
akan ku tunggumu,
sehingga tiba saat,
engkau kembali semula.
Sahabat,
tetaplah engkau terbang tinggi,
agar bisa kau dakap langit,
akan keluasannya,
dan kekuasaan-Nya Maha Esa,
demi secicip ilmu.
Sahabat,
pegang utuh panji mulia,
bahawa di mana sahaja engkau dicampak,
di situ engkau memberi kebaikan,
buat teman, buat musuh,
untuk seruan yang agung
Sahabat,
doaku sentiasa kan meniti,
mengiringi permusafiranmu,
menjadi anak dagang,
dan menanti kepulangan,
rijal ummat harapan Islam
Sahabat,
aku kan setia menunggu,
sambil tetap berjuang,
sehingga engkau kembali,
untuk terus berjuang.
emir.abu.khalil
26 Mei 2010
11 Jamadil Akhir 1431
Popularity: 1%
Filed Under: KARYA



