Munajat

munajat

 Di kala manusia sedunia sedang tidur,

Transaksi dunia juga sedang tidur,

Tinggal lagi hanya aku denganMu.

 

Dek kerdilnya sebutir hati ini,

Tak tahulah bagaimana hati orang lain,

Tinggallah aku bermonolog denganMu,

 

Tembuskah talian ini kepada Mu?

Dek hitamnya dan tebalnya selaput keliling hati-hati,

Betulkah suara manusia aku ini terkeluar ke pendengaranMu.

 

Ajarkan aku untuk menghargai,

Bahawa selama ini Kau memakbulkan permintaanku,

Layakkanlah hati ini di sisiMu.

 

Tapi aku pasti,

Adanya mereka yang telah mendapat anugerahmu,

Iaitu jalan yang kau nikmatkan ke atas mereka,

Bukan yang engkau murkai atas mereka.

 

Siang nanti aku bergelut lagi,

Di antara dunia dan keredaanMu.

 

Abdullah Ehsan*
20/01/09

 

* Luahan Encik Razak bin Omar. Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Shah Alam Klang

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2%

Filed Under: KARYA

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.