Mendidik Anak Sayangi Alam
Alam adalah anugerah Allah kepada manusia. Kita dipertanggungjawab untuk menjaga sebaik-baiknya bukan untuk memusnahkan keindahan yang telah diciptakan untuk kita. Oleh itu sebagai ibu bapa, kita mempunyai peranan untuk mendidik anak sedari kecil lagi untuk mencintai dan memulihara alam. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti menyertai kempen alam sekitar, menceritakan tentang peranan alam dan fungsi, memberitahu akibat dari membuang sampah merata-rata dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.
Selain itu ibu bapa juga boleh menjadikan anak-anak kreatif dengan melakukan sesuatu dengan bahan terpakai. Aktiviti ini juga boleh membina idea dan kreativiti anak-anak dimana mereka boleh membina apa-apa yang difikirkan dari tin, kotak, botol dan sebagainya. Teringat masa sekolah dulu ketika pendidikan seni, guru meminta membawa kotak mancis, kotak ubat gigi dan sebagainya dan dijadikan almari, kerusi.
Antara perkara yang penting adalah kitar semula. Satu ruang boleh disediakan meletakan kotak besar dan dilabel seperti tong sampah kitar semula. Hasil dari kitar semula boleh dijual atau ditebus mata untuk mendapatkan barang-barang eletrik atau vhoucher. Seperti di sini http://www.recycleandreward.my
Sumber : http://anakkusayang.com/blog
Popularity: 1%
Filed Under: KELUARGA


