Mawar Kecil [3] – episod akhir -
oleh Mohd Hazwan Ab Halim
Satu tepukan lembut memutuskan renungan Furqan. Eliana menatapnya penuh tanda tanya. Furqan tersenyum nipis.
“Abang tak dapat tidur, penat sangat rasanya. Tadi bersih-bersihkan komputer”, jelas Furqan sebelum Eliana sempat membuka mulut.
“Abang nak Eliana picit? Atau abang nak minum?” tawar Eliana sambil bersiap sedia untuk bangun.
“Tak payahlah. Abang, nak solat. Insya Allah lepas ni lebih bersemangat” Furqan menepuk bahu isterinya dan bergegas ke bilik mandi.
“Eliana nak ikut,” Eliana menyusul. “Eliana nak solat sama-sama dengan abang. Mudah-mudahan kita cepat dikurniakan anak” ujar Eliana manja.
Furqan tersenyum lalu mengangguk.
Eliana berdoa agar mereka dikurniakan zuriat penyambung generasi rabbani. Furqan berdoa agar diberikan kesabaran dan kekuatan dalam usaha membimbing keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila mereka benar-benar mendapat cahaya mata kelak. Dia sudah tahu, tidak ada lagi jalan mundur. Dia harus maju. Dan sebagai seorang qowwam, dia tidak mungkin maju sendirian. Itulah bentuk tanggungjawabnya.
Malam semakin pekat dan dingin. Bunyi cengkerik berirama layaknya seperti okestra. Furqan merasakan dadanya lebih lapang dan tenang. Insya Allah mawar kecil yang dia ada kini pasti suatu hari akan menjadi mawar yang sentiasa mekar mewangi.
-Tamat-
Popularity: 6%
Filed Under: CURHAT



tak sangka ending dia memang anti klimaks…. memang kena ada sequel.
InsyaAllah sama2 tunggu Mawar Kecil Season Kedua =)
Ayat2nya tersusun indah… sayang, ending boleh lebih mantap…
Good try Awe… ana nantikan sequel…
Kalau boleh ana pon nak menulis…
“Kapal Terbang Kertas” .Mungkin. Semoga tertunai…
boleh tu .. kisah 9 tahun bole diabadikan dalam cerpen
best cte ni,tp pendeknye???
ade smbungan lg ke??
^_^
gud luck
sila rujuk episod 1 & 2