Karnival Larian Islami, Kesihatan & Kekeluargaan

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kuala Lumpur dan Masjid Rahimah, Jalan Greenwood akan menganjurkan Karnival Larian Islami, Kesihatan & Kekeluargaan (KLIKK) pada hari Sabtu, 17 hb Julai 2010 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Penyertaan adalah percuma. Antara aktiviti menarik ialah acara larian, pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah. Hadiah-hadiah berjumlah RM5000 menanti para pemenang peserta larian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Lufti (019-5058793) atau Saudari Farah (013-3105613).

Bawalah kawan-kawan serta ahli keluarga untuk turut sama memeriahkan Karnival Larian Islami, Kesihatan & Kekeluargaan ini. Jumpa di sana ya.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1%

Filed Under: HEBAHAN

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.