JJR2 meriahkan Taman Tasik Shah Alam!
Shah Alam, 16 Jun – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam & Klang telah berjaya mengadakan satu program yang dinamakan Jalan-Jalan Remaja 2 (JJR2) bagi remaja lelaki berumur lingkungan umur 11-14 tahun. Seramai 16 orang peserta telah terlibat dan dipimpin oleh 8 orang fasi serta 3 orang ahli jawatankuasa.
Aktiviti utama program ini adalah aktiviti Islamic Explorace bertempat di seluruh kawasan Taman Tasik Shah Alam. Objektif utama program ini ialah bagi memberi keyakinan dan mengenal potensi diri masing-masing.
Selepas pendaftaran, program diteruskan dengan agenda ‘ice-breaking’ yang disertakan dengan aktiviti-aktiviti menarik. Kemudiannya aktiviti explorace menyusul. Selesainya explorace, Ustaz Mohd Rizal bin Sabran daripada KRIM Shah Alam & Klang telah memberi sedikit pengisian yang diikuti tayangan kepada semua peserta.
Sebelum berakhirnya program, sesi penyampaian hadiah dijalankan telah disempurnakan En. Sanusi, AJK Surau At-Taqwa, Seksyen 7. Diharap para remaja akan terus bersama-sama KRIM untuk menjalani pelbagai aktiviti menarik akan datang.
Popularity: 2%



