ISMA lakar sejarah di Negeri Di Bawah Bayu

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terus mengorak langkah di persada dakwah tanahair, kali ini dengan penubuhan Jawatankuasa Penaja ISMA cawangan Sabah secara rasminya pada 28 Februari 2010. Pelancaran cawangan terbaru ISMA ini telah dilakukan oleh Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden I ISMA yang juga bertindak sebagai Ketua Perhubungan ISMA Sabah.

Kehadiran ISMA di Negeri Di Bawah Bayu ini diharap mampu merancakkan lagi dakwah Islamiyyah yang telah diasaskan oleh pejuang-pejuang Islam terdahulu di negeri ini. Perkembangan ini juga seiring dengan matlamat ISMA untuk melahirkan sebuah bangsa yang memiliki agenda sendiri dan berupaya memimpin negara dan rantau ini dengan risalah Islam yang suci.

Semoga Allah SWT memberkati usaha-usaha dakwah yang dilakukan sehingga Islam berjaya dimartabatkan di negeri Sabah khususnya dan di seantero dunia umumnya. Allahumma Ameen.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1%

Filed Under: SEMASA

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.