Ijtima’ Am Shah Alam Klang semai benih ukhuwwah

SHAH ALAM 1 Jun – Ijtima’ Am kali ke-3 tahun ini telah berlangsung dengan cukup meriah. Pertemuan bulanan ahli yang dulunya dikenali sebagai Program Generasi Wawasan (PGW) suatu ketika dahulu menjadi satu medan pertemuan meriah yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam dan Klang (SAK). 

 

Saudara Alwi bersemangat menyampaikan pembentangan 

Deretan kereta yang memenuhi parkir di sekitar  pejabat & kasut yang tersusun di anak tangga adalah bukti kepada kesungguhan ahli-ahli untuk berukhuwwah. Lebih 80 orang telah berjaya memenuhi segenap ruang pejabat tersebut. Saudara Zul Alwi Adam selaku Ketua Biro Media & Penerangan Cawangan memulakan perkongsian seawal jam 9 malam berkaitan menjana wang melalui penulisan. Perkongsian ini sedikit sebanyak member panduan yang berguna kepada hadirin dan hadirat untuk lebih banyak terlibat dalam bidang penulisan.

Saudara Ikram serius dalam pembentangan beliau 

Seterusnya hadirin dihidangkan dengan tajuk ‘Jurang Generasi’ oleh saudara Ikram Badaruddin, seorang yang berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia banyak menyentuh berkenaan perbezaan karakter tiga generasi iaitu “Baby Boomers”, generasi X & generasi Y. Pengisian ini penting supaya da’ei memahami sasaran masyarakat yang didakwahkan dan mengatur perancangan yang lebih kemas dan tersusun.
Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan ikhlas kawasan kepada 4 orang mujahid kecil yang baru lahir sepanjang sebulan yang lepas iaitu:
  1. Nuruddin Zinki Bin Nuzhardinata
  2. Hasan Zul Ezzaz Bin Mohd Zul Alwi
  3. Ahmad Miqdad Bin Sulaiman
  4. Mus’ab Umair Bin Mohd Fairul Nafadzli.
Beberapa orang ahli yang baru berpindah ke SAK turut diperkenalkan. Majlis turut mengambil kesempatan untuk mengutip derma kilat bagi membantu Muhammad Noor Shahizan bin Abdul Salim, 18 tahun yang sedang bertungkus lumus untuk menyediakan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke TImur Tengah pertengahan tahun ini. Akhirnya, sejumlah RM400 telah berjaya dikumpulkan.
Juadah ringan disajikan sebagai penutup pada program kali ini. Moga semua ikhwah dan akhawat tidak jemu-jemu menyemai benih ukhwah sesama kita. Berjumpa lagi dalam Ijtima’ Am akan datang.

Disediakan oleh ; 

Zainuddin Ghaffar
Setiausaha
Biro Pembangunan Sumber Manusia Cawangan
Shah Alam & Klang
Related Posts with Thumbnails

Popularity: 8%

Filed Under: AKTIVITI

Tags:

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.