ISMA Sentiasa Bersama al-Aqsa

DSC_1498
SHAH ALAM 5 Feb 2010 – Sebuah program anjuran Surau Al-Munawwarah Seksyen 13, Shah Alam dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam & Klang dan Aman Palestin Berhad  bermula tengahari hingga ke malam.

Pameran dan jualan berlangsung seawal jam 12.30 tenghari dan hadirin dihangatkan dengan tajuk khutbah yang cukup menarik iaitu ‘Kewajiban Membebaskan Bumi Palestin’ oleh Imam Mohammad Rizal Sabran al-Hafiz yang juga merupakan Setiausaha Kelab Remaja ISMA cawangan Shah Alam & Klang.

Di kemuncak program disusuli dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Dr. Zainur Rashid (Perunding Aman Palestin) dijemput khas dari Seremban dengan tajuk “Masjid al-Aqsa di Ambang Bahaya”. Tayangan video diselitkan sepanjang program pada malam itu dengan tujuan untuk meningkatkan lagi penghayatan dan membumikan harapan kita sebagai umat Islam terhadap isu ini. Dianggarkan seramai 200 orang hadirin dan hadirat bersama-sama memeriahkan dan menjayakan program kali ini.

Program ini berakhir dengan solat Isya’ dan solat hajat untuk kejayaan umat Islam di sana demi membebaskan bumi Al-Aqsa dan jamuan ringan.

Oleh
Ustaz Mohammad Rizal Sabran
Setiausaha
Kelab Remaja ISMA (KRIM)

DSC_1515
Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1%

Filed Under: AKTIVITI

Tags:

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.