Forum Keluarga Muslim

SINOPSIS PROGRAM

Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Apatah lagi bagi seorang da’ie yang telah menginfakkan kehidupannya kepada Allah Taala. Ustaz Mustafa Mashur dalam tulisannya Dakwah Ikhwan di Alaf Baru menyatakan bahawa perlunya mempunyai persepsi yang jelas dan tepat tentang kehidupan. Untuk memiliki persepsi yang jelas sesorang itu perlu memahami situasi sebenar sesuatu marhalah.

Firman Allah
Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata… “Yusuf:108

Setiap marhalah pula secara khususnya melalui marotib amal yang telah digariskan. Marotib amal dalam dakwah Islam ialah individu muslim, keluarga muslim, masyarakat Islam, kerajaan Islam, negara Islam, khilafah Islam dan akhirnya ustaziah al alam. Walaupun bagi individu , proses ini perlu berjalan secara berurutan tetapi bagi dakwah secara umumnya, proses ini boleh berjalan serentak.

Maka dengan itu Biro Keluarga dengan kerjasama Biro Baitul Muslim dan Pembina ISMA SAK mengambil inisiatif untuk menjelaskan tentang salah satu maratib amal yang penting iaitu Baitul Muslim (Keluarga Muslim). Adalah diharapkan selepas program ini ahli-ahli dapat lebih memahami akan satu agenda Islam yang berlandaskan manhaj Nubuwwah. Program ini bermanafaat bukan sahaja kepada mereka yang akan melangkah ke alam perkahwinan malah pengetahuan ini adalah berguna kepada ahli-ahli ISMA yang mempunyai anak yang sedang meningkat dewasa agar mereka lebih bersedia dan peka akan tututan-tuntutan di marhalah ini.

Perbincangan adalah termasuk dari soal memilih pasangan serta cabaran yang bakal mereka hadapi termasuk hal kewangan. Begitu juga kepada ibubapa bahawa keutamaan agama adalah harus dititikberatkan sebelum anak-anak hidup berdikari. Pada dasarnya masyarakat Islam itu terbentuk daripada keluarga muslim yang dibentuk oleh individu muslim. Individu muslim dan keluarga muslim sebenarnya adalah dua institusi penting selain institusi-institusi lain yang wujud dalam masyarakat.

Tarikh 9 Mei 2010 | Waktu | 1.30pm – 6.00pm

Tempat | Balai Seni Islam Shah Alam (Depan Masjid Biru)

Tema | Kasih dipadu, dakwah dipacu

Anjuran | Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam & Klang

Dengan Kerjasama |
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Selangor

Aturcara
1.45 ptg
+ Pendaftaran peserta

2.00 petang 
+ Pembukaan majlis & kata-kata aluan.
+ Bacaan al-Quran
+ Ucapan aluan Ketua Biro Baitul Muslim Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam & Klang
 + Ucapan Perasmian Yang Dipertuan ISMA Cawangan Shah Alam & Klang

2.30 petang
+ Kertas Kerja Utama
    ”Kasih Dipadu Dakwah Dipacu”
     Pembentang : Ustaz Abdul Halim (Naib Presiden I, Ketua Biro Baitul Muslim ISMA Pusat)

3.30 petang
+ Slot Forum
    Moderator (Ustaz Azrin Samsudin, Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Cawangan Shah Alam & Klang)
Ahli-ahli Panel
- Ustazah Norakhilah Baharin (Ketua Wanita ISMA Perak)
- Saudara Mohd Shahril Atiqi Mohd Sharip

6.00 petang
+ Bersurai

OBJEKTIF PROGRAM

Memahami hakikat Baitul Muslim sebagai satu marhalah dakwah.
Memahami bahawa pemilihan pasangan adalah berasaskan hadis dan saranan al-Quran
Memahami tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam memilih pasangan untuk anak-anaknya kelak adalah berdasarkan hadis dan saranan al Quran.
Mengetahui apakah cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi oleh pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.
Mengetahui apakah cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi sebagai ibubapa yang akan menikahkan anak mereka.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6%

Filed Under: HEBAHAN

Tags:

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.