Fiqh Nisbah

Lalu, Maryam difirmankan supaya menggoncang pohon kurma,
Betapa satu manusia melawan ketegapan satu pohon,
Lagi seorang wanita dan sedang mengandung.

Lalu, Utsman Affan membeli telaga,
Betapa skala ekonomi sezaman,
Juga nilai 20,000 dinar 1330 tahun lalu,
Diwakafkan sahaja telaga itu.

Suhaib meninggalkan hartanya demi hijrah,
Betapa nila si kaya yang asalnya abdi,
Belum dikira tekad dan resolusi muhajirin  untuk berpisah,
Belum dikira ekonomi Ansar yang perlu dibelah bagi. 

Sirah jadi saham dakwah ke akhir zaman.
Lalu, yang dianggap kecil dan mudah,
Ibu-ibu masih  senyum menghidang,
Betapa  berpenat-penat memasak.

Ditakdirkan,
Kita hanya boleh bernafaskan udara yang dibalangkan di pusat rawatan,
Betapa harganya udara ketika itu.

Betapa degupan jantung masih percuma tanpa bil oleh kerajaan Allah.

Betapa, betapa dan betapa yang masih menunggu untuk dikutip.

Abdullah Ehsan
15/03/2010

** Luahan Encik Razak bin Omar. Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia, Cawangan Shah Alam Klang

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4%

Filed Under: KARYA

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.