Category: KARYA

Sahabat, terbang tinggi!

Sahabat, terbang tinggi!

oleh  Mohd Azmir Mohd Razli
Sahabat,
hari ini,
engkau terbang tinggi menggapai langit,
meninggalkanku di sini menanti,
akan ku tunggumu,
sehingga tiba saat,
engkau kembali semula.
Sahabat,
tetaplah engkau terbang tinggi,
agar bisa kau dakap langit,
akan keluasannya,
dan kekuasaan-Nya Maha Esa,
demi secicip ilmu.
Sahabat,
pegang utuh panji mulia,
bahawa di mana sahaja engkau dicampak,
di situ engkau memberi kebaikan,
buat teman, buat musuh,
untuk seruan yang agung
Sahabat,
doaku sentiasa kan meniti,
mengiringi permusafiranmu,
menjadi anak [...]

Solat Pengusir Kedukaan

Solat Pengusir Kedukaan

oleh : Mohd Hazwan Ab Halim

Stress atau tekanan dalam kehidupan merupakan suatu yang fitrah bagi setiap manusia. Cuma perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain adalah bagaimana seseorang itu menguruskan tekanan tersebut dengan sebaikya. Entri kali ini tidak akan bercakap berkenaan tips-tips menguruskan tekanan cuma hanya akan menyentuh sesuatu ‘key point’ yang kadang-kadang kita [...]

Dimanakah Halatuju Seorang Muslim?

Dimanakah Halatuju Seorang Muslim?

oleh Ustaz Mohd Azrin Samsudin
Saya sekeluarga mengajak Mak dan Abah makan malam di salah sebuah restoran di Kajang. Sambil menunggu makanan dihidangkan, mata saya sempat meleret ke kaca TV yang ada di situ.
Pada malam itu (22 Mei 2010), rancangan Akedemi Fantasia ke-8 (AF8) disiarkan secara langsung. kebetulan malam itu adalah penentu juara AF8. Sayu hati [...]

Terimalah qadha dan qadar Allah

Terimalah qadha dan qadar Allah

oleh : Mohd Hazwan Ab Halim
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak ada juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah” (Hadid: 22)
Tinta pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah di simpan, setiap [...]

Di Hujung Cahaya [Episod Akhir]

Di Hujung Cahaya [Episod Akhir]

oleh  Mohd Azmir Mohd Razli
Di luar angin tiba-tiba bertiup kencang. Ribut mula melanda. Ribut Pasir. Jet Harrier milik tentera Zionis tadi terumbang-ambing. Tidak dapat dikawal. Radar mereka terganggu, tergendala. Hadapan mereka benar-benar kelam. Masing-masing cuba berpaut kepada stereng kapal terbang yang goyah. 
“Pusat, minta kebenaran untuk berundur. Ribut Pasir melanda dengan dahsyat.” Kedengaran suara pemandu jet [...]

Azab Yang Terselindung

Azab Yang Terselindung

oleh : Ustaz Mohd Azrin bin Samsudin
Firman Allah s.w.t :
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang melakukan fitnah (membunuh & meluaskan kerosakkan) ke atas orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab yang membakar. (Surah al-Buruj)
Zaman memfitnah umat Islam sekarang berlaku dengan begitu meluas. Lihat sahaja di Eropah, [...]

Di Hujung Cahaya [Ep:4]

Di Hujung Cahaya [Ep:4]

oleh Mohd Azmir b Mohd Razli
Episod : 4
Hari itu Fimiyun pulang agak lewat dari kerjanya. Ketika masuk ke dalam rumah. Dia terlintas di hadapan bilik Syafiq. Dia menjadi terkejut melihat apa yang berlaku di hadapannya.
“Masya Allah!! Syafiq!!”
Syafiq yang sedari tadi sedang tekun menumpukan pada kerjanya terkejut apabila mendengar suara Fimiyun. Dia bingkas mengejar Fimiyun yang [...]

Di Hujung Cahaya [Ep:3]

Di Hujung Cahaya [Ep:3]

oleh Mohd Azmir b Mohd Razli
Episod : 3
“Raja tadi terus mengumpulkan orang ramai dan mengikut seperti mana yang diminta ghulam tadi, lantas dia lalu mengambil anak panah dan meletakkannya pada busur. Lantas dijerit sekuat hati; “Dengan nama Allah Tuhan budak ini, aku telah membunuh wali Allah!!” lantas dia melepaskan panah tadi dan tembus mengenai di [...]

Di Hujung Cahaya [Ep:2]

Di Hujung Cahaya [Ep:2]

oleh Mohd Azmir b Mohd Razli
Episod : 2
Bulan silih berganti, mata terpejam celik, hari kian beransur. Makin lama hubungan mereka kian rapat. Mereka benar-benar seperti anak-beranak. Penduduk kampung semuanya sangat mengenali Fimiyun. Dia jua mesra dengan semua penduduk di situ. Kadang-kadang dia menjadi imam untuk solat fardhu di Surau. Itupun setelah ditolak, dipaksa dan diherdik [...]

Di Hujung Cahaya

Di Hujung Cahaya

oleh Mohd Azmir b Mohd Razli
Episod : 1
Angin panas Madinah menerpa dan menampar muka pemuda yang sejak tadi berdiri di jendela tingkap yang luas terkuak. Fikirannya menerawang memikirkan sesuatu yang benar-benar merunsingkan kepalanya. Kepalanya serabut memikirkan jalan penyelesaian yang perlu dibuat untuk dirinya. Rambutnya yang sedikit panjang terbuai-buai ditiup angin panas. Dia menoleh semula ke [...]

Fiqh Nisbah

Fiqh Nisbah

Lalu, Maryam difirmankan supaya menggoncang pohon kurma,
Betapa satu manusia melawan ketegapan satu pohon,
Lagi seorang wanita dan sedang mengandung.
Lalu, Utsman Affan membeli telaga,
Betapa skala ekonomi sezaman,
Juga nilai 20,000 dinar 1330 tahun lalu,
Diwakafkan sahaja telaga itu.
Suhaib meninggalkan hartanya demi hijrah,
Betapa nila si kaya yang asalnya abdi,
Belum dikira tekad dan resolusi muhajirin  untuk berpisah,
Belum dikira ekonomi Ansar yang [...]

Kebahagiaan itu mudah Diraih

Kebahagiaan itu mudah Diraih

Di antara nikmat yang terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan hati. Ini adalah kerana di dalam kegembiraan hati itu terdapat keteguhan fikir, produktiviti yang bagus dan keriangan jiwa.
Ramai orang mengatakan, “Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari”. Barangsiapa yang mengetahui cara menghasilkannya, tentu akan dia merasa mudah meraihnya dan dapat memanfaatkan pelbagai kenikmatan dan kemudahan hidup, [...]

Kerancuan Media Racun Ummat

Kerancuan Media Racun Ummat

oleh Mohd Azmir b Mohd Razli
*Amaran: artikel ini penuh dengan unsur sinikal dan ironi, sekiranya anda tidak dapat menerima hakikat, anda dinasihatkan tidak membacanya.
Ayah saya pernah ditanya, mengapa tidak mahu melanggan Astro? Ayah saya menjawab, ‘Channel yang ada ini pun korang tak bergerak’. Jawapan yang mudah, ringkas dan padat. Siaran yang sedia ada menyebabkan ramai [...]

Munajat

Munajat

 Di kala manusia sedunia sedang tidur,
Transaksi dunia juga sedang tidur,
Tinggal lagi hanya aku denganMu.
 
Dek kerdilnya sebutir hati ini,
Tak tahulah bagaimana hati orang lain,
Tinggallah aku bermonolog denganMu,
 
Tembuskah talian ini kepada Mu?
Dek hitamnya dan tebalnya selaput keliling hati-hati,
Betulkah suara manusia aku ini terkeluar ke pendengaranMu.
 
Ajarkan aku untuk menghargai,
Bahawa selama ini Kau memakbulkan permintaanku,
Layakkanlah hati ini di sisiMu.
 
Tapi [...]

Mawar Kecil [3] - episod akhir -

Mawar Kecil [3] – episod akhir -

oleh Mohd Hazwan Ab Halim
Satu tepukan lembut memutuskan renungan Furqan. Eliana menatapnya penuh tanda tanya. Furqan tersenyum nipis.
“Abang tak dapat tidur, penat sangat rasanya. Tadi bersih-bersihkan komputer”, jelas Furqan sebelum Eliana sempat membuka mulut.
“Abang nak Eliana picit? Atau abang nak minum?” tawar Eliana sambil bersiap sedia untuk bangun.
“Tak payahlah. Abang, nak solat. Insya Allah lepas [...]