Bond of Love Wasilah Mendekati Remaja

SHAH ALAM 11 JulaiBond of Love Siri Ketiga yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kali ini berjaya menyemai nilai kasih sayang dan ukhuwah sesama pelajar IPT.

Unit Beliawanis Shah Alam-Klang yang mengadakan program berkonsepkan ukhwah ini disertai 20 orang pelajar daripada institut pengajian tinggi sekitar Shah Alam.

Menurut salah seorang penggerak program ini, Noraimi Syazwani berkata antara objektif  program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesame pelajar dari pelbagai IPT dan memperkenalkan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Tegas beliau lagi, program ini juga menjadi salah satu wasilah atau medium untuk PEMBINA mendekati masyarakat khususnya golongan remaja yang berada di IPT.

Program dimulakan dengan sesi taaruf di antara Beliawanis dan para peserta yang rata-ratanya tidak pernah bersua muka di antara satu sama lain. ‘Rantaian Nama’ adalah aktiviti taaruf yang dijalankan oleh peserta yang mana sesi perkenalan itu dilakukan dalam bentuk pusingan yang berterusan.  

Selesai memecahkan ‘tembok ais’, para peserta bersama-sama mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Hasliza Ahmad Fauzi yang merupakan graduan dari University of Melbourne dengan tajuk sahabat- Usamah bin Zaid.

Ketokohan, semangat dan peribadi unggul Usamah bin Zaid telah dikupas dengan jayanya oleh Dr. Hasliza dan para peserta tekun mendengar tazkirah yang diberi.

Ramai yang tidak pernah mengenali akan siapakah Usamah bin Zaid dan program ini sedikit sebanyak telah berjaya memberi input berguna kepada mereka. Soal jawab juga menunjukkan para peserta sangat berminat mengetahui sahabat ini.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ‘Battle of the Balloons’, Pengantin Rimba dan hidangan BBQ yang cukup menyelerakan.

Program Bond of Love ini disudahkan dengan Doa Rabitah yang dibacakan wakil Beliawans, Saudari Ili Diyana. Beliawanis dan para peserta bersalaman dan sekali gus mengakhiri Program Bond of Love yang mencatatkan seribu kemanisan dalam kamus ukhuwah Beliawanis dan para peserta.

 

Dilaporkan
Noraimi Syazwani Mohd Yusoff, Athirah Taha
Media PEMBINA Selangor

Jurugambar
Siti Fatimah Abu Talib

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2%

Filed Under: AKTIVITI

Tags:

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.