Archive for December, 2009

Kelahiran Mujahidah di Penghujung Tahun

Kelahiran Mujahidah di Penghujung Tahun

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Rizal Sabran yang dianugerahkan mujahidah kedua beliau pada jam 11.53 pagi ini. Mujahidah seberat 2.81kg ini dilahirkan di Klinik An-Nur Seksyen 6 Shah Alam.
Ucapkan tahniah kepada beliau dengan menghubungi /sms di talian 019 307 9306
“Barakallahu laka fil mauhub. Wa syakarta al Wahib. Wa balagha asyuddahu. Wa ruziqta birrahu”
- Semoga Allah [...]

Projek Wakaf LOT Bangunan ISMA Seremban

Projek Wakaf LOT Bangunan ISMA Seremban

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,
ISMA Seremban merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam berdakwah kepada masyarakat bagi menangani permasalahan sosial terutamanya di kalangan remaja mahupun yang lebih dewasa dan prihatin terhadap isu-isu yang membabitkan masyarakat Islam khususnya di Malaysia terutamanya di Negeri Sembilan.
Telahpun beroperasi sejak 2004 dan secara rasminya pendaftaran diluluskan pada 2008, ISMA [...]

Doa Ummi dan Abi Sumber Inspirasi Kejayaan

Doa Ummi dan Abi Sumber Inspirasi Kejayaan

Menjaga hubungan dengan Allah Taala dan ibu bapa adalah sangat penting dalam memastikan kesinambungan kejayaan kita berpaksikan keredhaan Allah Taala. Pencapaian cemerlang Ahmad Fidak bin Mohd Rusdi mendapat 8 A 1B ketika keputusan PMR diumum Khamis lalu menjadikan beliau antara pelajar lelaki terbaik di kalangan ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam & Klang yang [...]

Dauroh Media – Blogging Asas

Dauroh Media – Blogging Asas

Biro Media & Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam & Klang akan menganjurkan

Dauroh Media – Blogging (Asas)

Perhatian kepada peserta, anda diminta untuk membawa peralatan seperti berikut :-

Komputer Riba (Laptop)
Wireless Broadband (jika ada)

Yuran : RM 10.00 sahaja

8.00 pg – 8.15 pg
Pendaftaran
8.15 pg – 9.00 pg
Pembentangan I – Tekno Da’ie – Cabaran Pendakwah Semasa [...]

Jihad Volley

Jihad Volley

Assalamualaikum, and peace be upon us.
It’s probably small and simple to most of us but yet I consider it as an important thing. What is it? It’s the volleyball games from Saturday’s KASBI 09.
Wonder why? Because I always believe every moment in our life has been written earlier by Allah as He only plan the [...]

Jadilah seperti Lebah

Jadilah seperti Lebah

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia [...]

Keperkasaan Shah Alam Menyerlah !

Keperkasaan Shah Alam Menyerlah !

BANDAR BARU BANGI, 19 Dis – Bidalan menyatakan “Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Begitulah semangat yang ditunjukkan oleh kontigen muslimin dan muslimat Shah Alam & Klang (SAK) ketika menyertai Karnival Belia Islam Nasional (KASBI Nasional 2009). Karnival ini  dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) pada 19 Disember ‘09 yang lepas di Kompleks [...]

Air Betik Bandar

Air Betik Bandar

Bahan-bahannya:
1. Betik yang masak.
2. Susu segar.
3. Cincau dipotong halus
Cara Membuatnya:
Senang sangat, kisar betik bersama susu segar. Masukkan ais dan cincau. Boleh tambah gula kalau mahu manis lagi, tapi jagalah kesihatan. =]
Jumpa lagi!
Hakim Bahaman
Unit Baitul Muslim
Ikatan Muslimin Malaysia
Shah Alam & Klang

Skuad Jerung Mengganas di KASBI 09

Skuad Jerung Mengganas di KASBI 09

KAJANG, 19 Dis – Pasukan Beliawanis Shah Alam/Klang (SAK) telah menghantar dua pasukan dalam acara bola jaring dan bola tampar dalam menyahut cabaran Karnival Sukan Belia Islam (KASBI) 2009 yang bertemakan “Menzahirkan Keperkasaan Belia” bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk acara perasmian dan German-Malaysian Institute (GMI) bagi acara-acara kategori wanita.
Justeru para pemain yang terus berkobar-kobar [...]

Ber’Islah’ bersama KRIM

Ber’Islah’ bersama KRIM

Isnin, 21 Disember 2009. Sebuah kem sehari telah dianjurkan oleh ISMA Shah Alam-Klang dengan kerjasama Surau Islah, seksyen 7. Program ini tidaklah semata-mata sebagai aktiviti untuk mengisi lapang remaja dan belia tetapi lebih kepada untuk merapatkan remaja dan belia ke arah satu kefahaman ISLAM yang syumul. Program ini juga dapat membuka [...]

Zionis keluar fatwa bolehkan bunuh semua tahanan Palestin

Zionis keluar fatwa bolehkan bunuh semua tahanan Palestin

JERUSALEM – Dewan Rabbi Zionis yang dipanggil “Sanhedrin” telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan pembunuhan semua tahanan Palestin sekiranya askar Israel yang ditawan oleh pejuang Palestin, Gilad Shalit, tidak dikembalikan dengan selamat.
Surat khabar harian Israel, Yediot Aharonot, memetik kenyataan yang dikeluarkan Sanhedrin pada Jumaat lepas yang menyifatkan pembebasan “penjenayah-penjenayah Palestin” sebagai ganti pembebasan Shalit seperti dalam [...]

Rancangan Israel hancurkan Al-Aqsa di peringkat akhir !

Rancangan Israel hancurkan Al-Aqsa di peringkat akhir !

Al-Khalil – Ahli Parlimen Palestin, Sameera Al-Halaika dari blok parlimen Hamas dalam Dewan Perundangan Palestin (Palestinian Legislative Council) pada Jumaat lepas (20 November) memberi amaran bahawa perancangan Israel untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa sudah sampai ke peringkat akhir, dan menambah bahawa tindakan berpeluk tubuh dunia Arab dan Islam telah menghantar mesej yang salah kepada tentera penjajah [...]

Perutusan tahniah kepada Dr Yusuf Al-Qaradawi

Perutusan tahniah kepada Dr Yusuf Al-Qaradawi

Al-Qaradawi menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah.
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr Yusuf Al-Qaradawi, kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis sambutan Maal [...]

Jiwa Penyair

Jiwa Penyair

Kepingin memberitahu kamu para karyawan
Pernah berangan,
Terbang meluru ke angkasa,
Turun perlahan-lahan,
Memasuki kawah gunung berapi,
Menjulur di dasar laut,
Timbul dicelah-celah bongkah salji.
Menyelami hati-hati manusia.
Ah,
Kebebasan,
Baru karya tiada sempadan ,
Perkongsian dengan kalian.
Tetapi,
Ya Rabbi,
Aku terjumpa wahyuMu sepotong sepotong,
Rupa-rupanya berkarya itu percuma,
Demi Kau telah beri kebebasan hatiku dari kefanakan,
HikmahMu ada di mana-mana.

Abullah Ehsan, Klang Aug 2009

Menziarahi Hospital

Menziarahi Hospital

Aku melintasi katil lelaki tua itu.
Sempat ku toleh memetik hikmah.
Mungkin lapan puluhan,
Terpejam,
Tercungap-cungap,
Liur berkanji-kanjji pekat.
Dahaga,
Walaupun tubuhnya dititisi
Ya,
Usia inilah,
Semua manusia,
Dengan dhaifnya,
Kelihatan tiada dosa.
Semata-mata
Pada ketika ini dia bodoh,
Pada ketika ini dia lumpuh,
Pada ketika ini dia tidak angkuh.
Pernah muda,
Pernah berpangkat,
Pernah bergembira.
Persis aku sekarang,
Mudah-mudahan dulunya orang yang salih.
Ya Allah,
Aku tercari-cari doa,
Buat situasi sejenis ini,
Sesempat aku belum setua itu.
Abullah Ehsan, [...]