2009 – Dalam Liku Perjuangan

2009+-+Version+Modify+-+Kecil

Dapatkan buku

‘2009 – Dalam Liku Perjuangan’

tulisan
Saudara Aminuddin Yahya
Setiausaha Agung, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
di pasaran.

Hubungi
Saudara Soleh
013 301 7028 atau emailkan pesanan anda kepada media@ismashahalam.net

Harga
serendah RM 10.00 sahaja

Sinopsis Buku

Buku yang sedang anda tatapi ini merupakan usaha penulis untuk membawa pembaca yang terdiri daripada orang Melayu Islam ke arah pemikiran luar kotak dalam menilai peristiwa yang terjadi melalui punca dan kesannya terhadap umat Islam. Buku ini mengupas rentetan peristiwa sepanjang tahun 2009 dalam bentuk santai tetapi mendalam, ringkas tetapi padat dengan hujah, dan menggunakan bahasa mudah untuk memahamkan pembaca. Buku ini menilai secara ikhlas tentang dilemma seorang individu yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dan saranan untuk perubahan diri secara menyeluruh. Buku ini sangat sesuai dibaca semua lapisan masyarakat, samaada tokoh akademik, ahli politik, ahli professional, pelajar dan lain lain lagi.

Biografi Penulis

Aminuddin Yahaya dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 20 Januari 1963. Beliau telah mendapat pendidikan  tinggi di Institut Teknologi Mara, ITM (sekarang UiTM) di dalam bidang perakaunan. Beliau kemudiannya telah  melanjutkan pengajiannya di dalam bidang yang sama di Emile Woolf School Of Accountancy dan Huddersfield University, England sehingga menjadi Akauntan Bertauliah pada tahun 1985.

Sejurus pulang ke tanah air, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai juruaudit dan pernah bekerja di Suruhanjaya Sekuriti dan Telekom Publications Sdn Bhd. Tekad dan semangat yang tinggi di dalam kerjaya ini terbukti sehingga beliau berjaya menubuhkan firma audit sendiri, Jamal Amin & Partners.

Aminuddin merupakan seorang yang aktif di dalam gerakan dakwah semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau sering dipilih menjadi pemimpin dan penggerak pertubuhan di zaman siswanya serta pernah menjadi motivator yang bergerak aktif di seluruh negara pada akhir tahun 90an. Aminuddin kemudiannya menumpukan sepenuh tenaganya kepada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan diberikan amanah sebagai Setiausaha Agung badan ini sejak tahun 2000 sehingga sekarang.

Sepanjang menempuh ranjau dan liku kehidupan dari sudut kerjaya dan dakwah, beliau mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat masyarakat Melayu Islam kembali bangun dan gigih memperjuangkan agama yang mulia ini.

Satu lagi produk Media ISMA

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 5%

Filed Under: HEBAHAN

About the Author

Dengan slogan "Melakar Fikiran Ummah", Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam Klang komited dalam memperjuangkan eksistensi dan kebolehupayaan umat Islam di Malaysia amnya dan di Shah Alam & Klang secara khususnya melalui propaganda telus dan dipercayai.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.